Wednesday, June 8, 2011

Aku Dan Penyakit G6PD.

Tajuk standard tajuk2 Novel -.-
Ok la meh aku nak berceghite..ape G6PD tu?
tu adelah sejenis penyakit.dah terang2 tajuk pon PENYAKIT G6PD.
 hasil google aku G6PD ialah :



G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia TenggaraAfrika dan juga Mediterranean.

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

 Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Ok?! paham?aku masuk form6 cikgu2 sebok tanye G6PD tu ape.So kesimpulan ringkas yang aku tau ialah G6PD ni ikot keturunan,and  aku xboleh makan kacang parang,bau shieldtox,makan bau ubat gegat.
tapi yang bau shieldtox tu aku langgar je,setiap hari aku bau.lagi2 bau ridsect yang kuat nak mampos tu,boleh dikire tiap2 hari aku bau.
tapi yang paling utama ialah KACANG PARANG la.itu memang pantang gile.
kalau aku makan! dara darah aku pecah!
Anak akak aku ade penyakit ni,dengan sedare aku,so ianya turun temurun.

Macam mane boleh terjadik?
bende ni dapat kesan time aku darjah 1/2 gitu la,lupe aku.
sepatutnya dari sejak aku lahir,doktor yang kene kesan samaada aku ade penyakit ni atau x,die kene bagitau.tapi dokter xcakap ape2 pon.
Ok,pada suatu hari...aku dgn akak aku lepak kat rumah nenek aku.sebab bosan duduk rumah kan,then petang2 kau tau la kan,lagi2 nenek aku suke mengunyah kacang.
petang tu die ade makan kcg parang ni,so kitorang ngecek la..and time tu first time aku makan kacang parang,
and aku rase "pergh!sedap gile kacang ni!"
so tengah makan punye makan,kau tau aku ni pelahap,makan laju.so aku rase macam heishh xcukop ni,tgh2 makan tu dalam diam aku pon amek sikit2 kacang tu masuk dalam poket,tamak punye pasal.aku pon amek.....pastu amek lagi..yg dah simpan dalam poket tu aku xsentoh la,aku sentoh yg ade depan mate jerk,yg dalam poket untuk makan dalam kereta nanti ok!xboleh sentoh! -.-

Pastu dah petang tu mak aku pon dari balik kerja die teros amek kitorang..sampai dalam kereta start la sambung makan kacang parang tu.makan punye la banyak kan.
Then keesokkan harinya aku bangun pagi nak pergi sekolah,aku boleh lagi gerak pergi sekolah,tapi bile dah petang2 tu aku balik sekolah teros lepak rumah member baik aku,then aku tertido,bile nak balik rumah,abang member aku tu hantar bonceng naik basikal,time tu aku dah nak hampir jatuh dudok tempat pembonceng tu sebab xde tenaga nak pegang kuat2.
then bile keesokkan harinya lagi,nak pergi sekolah,aku rase
badan aku memang lembik gile,memang xde tenaga la en.
pastu masuk bilik air,mak aku ade depan aku kalau xsilap,keadaan aku time tu,tangan aku sambil pegang kepale paip,kepale lentok...jerk.pastu aku pon kenciiiiiiiiiiiiiing...tengok2 air kencing aku kuning gile!bukan kuning la,kire warne emas pekat!nak je aku jual.
pastu mak aku pon pelik la tengok,dengan badan aku yang lemah gile,tapak kaki kuning,muke kuning,segalanya kuning.and aku memang xde tenaga time tu,macam orang lumpuh.then mak aku dah risau cepat2 die bawak aku pergi hospital,sebelum tu singgah sekolah dulu,
bagitau cikgu.(ni semua akibat tamak sangat!)
Bile dah sampai hospital tu,check punye check,baru dapat kesan yang aku ade penyakit G6PD.doktor pon suroh hantar pergi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..
Pergh!rindu gile kot kat hospital ni!nak masuk hospital lagi!!
yang aku ingat hospital ni tembok batu warne merah.kih3

ok sambung pastu aku pon naik la ambulance sebab dah critical sangat kan..
yang aku ingat time tu ,family belah2 bapak aku ramai gile tengok time aku nak naik ambulance kat hospital kluang,sejak bile entah dorang sampai.mak aku je naik ambulance dengan aku.
time tu aku tengok muke mak aku risau gile.sian aku tengok.
Then sampai jerk teros naik kusi usop wilcha tu untuk naik lif,masuk2 je lif teros aku terkencing dalam seluar.HAHAHA!!kau tengok!betapa kesiannya aku,nak tahan kencing pon dah xlarat.
dalam mase tu aku pikir lantak kau la nak terkencing dalam seluar ke ape.
aku dah xkisah!

pastu bermula la hidop aku terlentang di hospitall..
engkau kalau duduk hospital memang berlubang2 je la tangan kau kene cocok!
lagi2 kalau doktor/nurse xjumpe salur darah kau time nak cocok.
ha cocok...!cocok!!!
aku duduk sane setiap hari kene amek darah,seksa kau tau.
tapi layanan special,lagi2 bile nurse2 cantik pegang payong nak pergi rehat die lalu katil aku,die kelip2 mate kat aku,maen cak2 dengan aku...maklom laa..
aku dulu kan comel!hwa3!
heishh..rindunye zaman aku duduk hospital :')

Ok ramai orang melawat aku,terharu seh..kah3 (kecik2 pandai pulak aku "terharu" -.-)
sian aku tengok mak aku tiap2 hari tidor hospital nak jage aku :')
Aku setiap kali darah habis,tukar bottle baru.masuk daraaaaaahh jerk.seram aku tengok.
ade sekali malam tu aku mimpi power rangers main2 bawah katil aku,tapi memang menakutkan la,time tu aku dikire ngigau la,tangan tu main ketok sane ketok sini,hayon sane sini,last2 jarum masuk darah kat tangan aku tu tercabot..abes darah yang dekat dalam bottle gantung tu tumpah.Bangun pagi,tengok cadar habis penoh dengan darah
(owhh tidak!teruna pecah! -.-)..rugi je darah tu.
hallaa aku dah la kaki ngigau,nasib baik aku xbangun katil pergi curik darah kat katil budak lain(aku ngigau memang mengarok)

Pastu dalam berape minggu/bulan tu aku boleh balik..yay!
sebelum balik aku pergi terjah playground dulu main glongsor ape semua,happy la katekan..
Kacang Parang kacang yang Membunuh!
Cerita Ni sepatutnya dirahsiakan!sebab bahaya kalau2 ade orang niat nak bunuh aku,die boleh bagi aku makan kacang ni dalam kuantiti yang banyak!tapi aku nak bocorkan jugak!saje nak mintak simpati.haha!

Ok pastu sampai harini aku saje ngacah mak aku buat2 nak makan kacang parang,memang mak aku marah gile even aku makan SEBIJIK kacang parang,memang kene membebel la. Sekarang ni bapak aku rajin bawak balik kacang parang kat rumah,bungkusan besar2!!geram sia aku tengok,pastu makan depan aku,dah la kacang tu sedap,bau die pon mengancam.

tapi dalam diam aku suap jugak satu due bijik,senyap2 la.heeh!
yela sape suroh bawak balik,tengok!kan aku dah makan senyap2.kacang FAV tu..sob2..
aku fikir,dalam kuantiti yang sikit takkan bagi effect kot,penyakit ni xboleh semboh.
so penyakit ni adalah PENYAKIT SEUMUR HIDOP!
Tapi alhamdulilah aku sihat...syukur alhamdulilah!
tapi tu aku selalu jugak la rase mcm nak pitam. :-/
aku maen masok2 darah ni,risau gak sebenarnye,kang kalau termasuk darah org derma yang ade HIV ke..hamekk...mintak simpang..tapi alhamdulilah x :)

P/S : Malas aku nak cerita panjang2,ade pulak kan org bace,tapi sape yang bace tu TERIMA KASIH!! ^_^

18 comments:

alyana hamdan said...

macam manalah dikau boleh rindu nak pergi HSA tu..!!
takde keje ny..!!

FazliShukor said...

HAHAH!Rindu la dgn keadaan sakit2 duluu..haha

dianazlan ♥ said...

lahh..ade penyakit rupanya kawan aku ni :(

FazliShukor said...

sian en,rmai org xtau.ni aku gtau.soo sian2 pon..bagi la lolipop XD

dianazlan ♥ said...

aku bagi kerusi roda :) kan org sakit kena pakai kusi roda kan? hha

FazliShukor said...

JANGAN!Nanti aku terkencing lagi!

Nurul said...

eh samalah.sy pun g6pd. tp doc selalu pelik sbb selalu lelaki kena. rasa mcm kunsa je -,-

FazliShukor said...

@Nurul = rasa mcm khunsa?ish! xde la..bertuah la awak dpt pnykit ni.haha

Nurul said...

HAHAHAHA yeke? dah la bila abg mkn kacang parang en suka berlagak tayang depan muka cakap sedap sangat.

FazliShukor said...

@Nurul = biase la tu.kdg2 skit hati jgk sbb kacang parang sedap kot.uhuh

dinie said...

ehh same la! kte pun ade G6PD. hehe

Anonymous said...

ya Allah... thanx sgt2 sbb share psl ni... anak akak umur 5 thn pun ada mslh ni... akak google2 nk cari efek kalo mkn kcg prg dlm kuantiti sedikit... sbb anak akak dh termakan sikit benda alah tu... mengamuk sakan akak!! drp baby lg kcg tu dh dikira KACANG JAHANAM.. mmg xde list kat umh akak... tp tu laa kan nenek2 ni mmg suke kot mkn benda alah tu... kat umh nenek dia laa... peristiwa tu terjadi.. huh

bincang2u said...

Mohon share en fazli. Ank akak pun ada penyakit ni. Baru umur 1 thn

Jojo Shahidan said...

Hey i pun ada g6pd jgk.time tu umo 5 tahun.tgh mkn kacang parang smbil tgk power rangers.haha.tp xde la gelabah sgt smpi simpan kacang tu dlm poket.haha.

Anonymous said...

Adik lelaki yg bongsu pun ade g6pd ni la ni dah berumur 25 thn,dpt kesan masa baru lahir... abih ubat gegat kat rumah kena buang masa tu...sampai la ni x pernah guna ubat gegat, pastu anak no 4 lelaki masa baru lahir disyaki ade ģ6pd, tp bila buat cek darah, 2x Disahkan normal. Tp kacang parang mmg x pernah ade kat rumah...

Anonymous said...

This post helped me in my PBL! I'm a year 2 medical student in usm and we are currently studying hemolytic anemia and G6PD is the narrowed topic for this week's PBL. Happened to find ur post and it helps! Thank you and take care :)

Anonymous said...

Thanks for this info,my son pn ada g6pd.klu terlanggar pantang dlm kuantiti yg byk baru effect ye? So klu sikit xpe kot ye?blueberry pernah mkn@minum x?pernah terbaca yg g6pd pn xleh dgn buah tu

Siti Aishah said...

hye.. fazli. tengs for the info aku ada penyakit sama dengan kau.. tapi tak pernah langgar pantang . alhamdulillah I gain something from ur article . thanks tau

widget code

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...